Jom tgk ada apa kat sini
AMARAN : Blog ini psl makanan je tau, segala kenaikan berat badan ditanggung sendiri

October 7, 2011

Nasi Ayam Simple

Hari ni masih mengekalkan mood memasak.. memula td igt nk masak nasik hujan panas je sekali lagi hari ni.. sekali tertdo plk hahahaa sedar2 dh kul 12.15.. so buat nasik ayam yg plg simple.. bahan2 seme ada kecuali salad.. x kisah la kan..

Bahan-bahan

Sup
1/2 ekor ayam 
5 ulas bwg merah kecil
1 biji bwg besar
Setengah labu bwg putih (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1 inci halia
1 keping kulit kayu manis, 
2 kuntum bunga lawang, 
2 biji buah pelaga, 
3 kuntum bunga cengkih
4-5 cawan air

- Panaskan periuk masukkan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih
- Kisar semua bwg bsama halia kemudian masukkan dalam kuali dan ditumis bsama bahan2 tadi sehingga kekuningan
-Masukkan ayam kedalam bahan tumisan tadi & kacau sebati bsama bahan2 tadi.. tunggu sehingga 5 minit kemudian masukkan air
-Masukkan gula, garam dan asam, selepas 15 minit angkat semua ayam tadi.. perlahankan api sehingga kuah betul2 mendidih kemudian matikan api

Nasi
2 cawan beras
2 helai daun pandan 
3 cawan kuah sup (ikut keperluan)
Sedikit kunyit (opt)

-Basuh beras & toskan, masukkan kedalam periuk bsama 2 helai daun pandan masukkan kuah sup tadi serta kunyit & masak seperti biasa, kacau lbh kurang 10 minit sekali

Ayam
1. Ayam Madu
Madu
Kicap

-Gaul semua ayam bsama bahan2 diatas & tggu sehingga sejam kemudian bakar/goreng

2. Ayam berempah
1 sdb jintan manis
1 sdb jintan putih
1 sdb serbuk kunyit
1 sdb ketumbar
2 batang serai (opt)
1 sdb serbuk cili putih (opt)
Sedikit cuka/asam limau (nk bagi garingkan ayam)

-Kisar semua bahan kemudian digaul bersama ayam, biarkan sejam kemudian goreng/bakar


Sambal 
5 batang cili merah besar
1 biji tomato
1/4 cawan kuah sup

-Kisar tomato bsama cili kemudian masak bsama kuah sup masukkan gula & garam perlahankan api.. agak2 dh pekat matikan api

Kicap
1/4 cawan kicap
1/4 cawan kuah sup

-Semua bahan dimasukkan dalam periuk..lbh kurang 10 minit angkat


Sayur
Salad 
Timun 
Tomato


ni la ropenye nasik ayam kak aurora.. 
kuning sgt hari ni terlebih kunyit hahaha 
yang label no 2 tu ayam goreng berempah, 
yg no 3 kak aurora campurkan sambal dgn kicap 
senang  hehehe




October 2, 2011

Nasi Hujan Panas Simple

Semalam kwn kak aurora yg dok kt jb pegi key ell ade kerusus.. so kami beramai2 menyambut dia dgn buat makan2 cket kt shah alam.., selesai majlis ada lauk lebih pastu masing2 tapau bwk balik rumah, nk makan tghari td cuma perlu masak nasik je.. igt nk makan nasik biasa je.. tetiba kerajinan melanda buat nasik hujan panas gak la mcm semalam mkn kt umh kwn kak aurora.. dia msk sedap hehehe

Cek kt dapur ada bahan2 nk buat nasik hujan panas versi simple..



Bahan-bahan

1. Nasi
- 2 cawan beras
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bwg merah
- 1/2 labu bwg putih
- 1 inci halia
- 2 biji tomato
- Secawan susu segar / susu cair
- 300gram daging/ayam
- 1 sudu serbuk sup/kurma
- Satu peket kecil (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang,bunga cengkih)

# Kisar kesemua bawang, buah tomato dan halia
#Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang,bunga cengkih
#Masukkan bahan kisar, kacau sehingga kekuningan
#Masukkan serbuk sup/kurma
#Masukkan daging, apabila separuh empuk masukkan susu,
#Masukkan gula dan garam, slps 5 minit matikan api
#Basuh beras kemudian toskan, masukkan dalam periuk nasik, bersama bahan tumis tadi, tambahkan air mengikut kesesuaian beras
#Setelah nasik masak titikkan beberapa warna, kemudian gaul rata


2.Sambal
-5 biji cili merah besar
-5 biji cili padi
-1 biji bwg besar
-1 ulas bwg putih
-1 biji tomato
-Asam limau nipis/limau kasturi
-Gula & Garam

#Bawang merah dipotong secara bulat
#Bawang putih dicincang halus
#Campur kedua2 bawang & gaul bersama asam, gula dan garam sehingga layu
#Kisar cili bersama tomato kemudian masukkan dalam bwg yg telah digaul
#Gaul kesemua bahan tadi, sekiranya kurang garam gula atau asam tambah ikut selera masing-masing


3. Acar/Jelatah
- 1 batang timun
- 1 batang lobak merah
- 1/2 biji nenas
- 1/2 biji sengkuang
- Kacang
- Jeruk Anggur (optional)
- Bwg besar
- Kacang Tanah
- Sos Cili & Sos Tomato
- Gula & Garam

#Timun. lobak merah, sengkuang & nenas dipotong ikut citarasa
#Bawang besar potong bulat.
#Gaul kesemua bahan kecuali timun & kacang, setelah semua sebati masukkan timun n gaul lagi, kemudian masukkan kacang gaul lagi sampai semuanya sebati
#Sos cili & tomato dimasukkan mengikut citarasa,
**Kalau nk masam lebih bleh tambah cuka sedikit..


Daging yg kt dalam nasik boleh dimakan begitu saja ataupun dicicah dengan air asam

Bahan2 untuk air asam

3-5 biji cili api (ikut citarasa)
1 biji bawang besar
1 biji tomato
2 sdb kerisek
1 sdb paste asam jawa
Gula & garam
Sdkt air

#Potong bwg & tomato mengikut kreativiti masing2
#Gaul kesemua bahan, sedia untuk dicicah dengan daging

July 28, 2011

Ikan Patin Gulai Tempoyak Aurora

Semalam daling beli ikan patin, x tau knape beli, dia x suka sgt mkn ikan patin ni, pelik gak dia beli, tapi x pe la x yah ty banyak org dh beli masak je la kan, kak aurora ikan patin ni ibarat org mgntuk kasi bantal, nak2 kalau masak tempoyak haha, so ty daling dia msk apa ikan patin ni nk bakar ke nk masak tempoyak, kak aurora x kisah mana2 pun, tapi lam hati mengharap dia jwb msk tempoyak hahaha... dia kata sukahati la mana2 pun  boleh, kak aurora ty lagi masak tempoyak boleh?? dia cakap ok je... yayyyyy bersorak dalam hati kekeke... so dgn pantas kak aurora sediakan bahan2 dan masak,, sedapp sesgt hehehe... 

amacam, best tak??

Bahan-bahan
1 ekor ikan patin 
4 ulas bwg merah kecil
1 biji bwg merah (india)
1 ulas bwg putih
3-5 sudu besar tempoyak 
300ml air (sukat ikut keperluan, kalau nk kuah byk letak byk air)
5-7 biji cili padi (ikut keperluan)
1 inci kunyit hidup (kalau x de kunyit serbuk pun ok)
Timun (x nk letak pun x pe)
Daun kesum
Bunga Kantan (x de pun x pe, kalau ada lagi kick)
Gula & Garam 

Ikan dipotong 3-4 bahagian & perah asam limau, biarkan dlm stgh jam
Bwg merah, bwg putih, kunyit & cili di kisar/ditumbuk, masukkan dalam periuk bsama ikan, daun kesum & bunga kantan, api mestilah sederhana, bila dh hampir menggegelegak masukkan garam, gula & asam gelugur, perlahankan api tunggu sehingga meggelegak, setelah ikan masak, angkat & hidangkan... 

mudah bukan.. hehehe

ni resipi turun temurun tau...

May 18, 2011

Nasi Kerabu Aurora

2-3 hari lps janji ngn montel nk g beli nasik kerabu belah pagi, asek terbabas je tetiap hari.. pi cari psr malam x de la plk.. dh susah2 sgt buat sdiri le senang.. bahan2 pun dh sedia ada kt rumah so apa tunggu lagi terus buat la.. dan......

ini hasilnye


tadaaaaaaaaaa!!





Bahan-bahan

-NASI
***masak cam biasa

-Lauk
***Sukahati nk buat apa2 lauk, hr tu aku buat ayam goreng berempah

-Sambal Tumis
#5 ulas Bawang Merah
#2 ulas Bawang Putih
#10 biji Cili Kering
#1 cm Halia
#2 btg Serai
#Santan pekat (diambil dr stgh / satu biji kelapa)
#Asam gelugur/jawa
***semua bahan diblend kecuali santan&asam jawa, masukkan bahan2 yg diblend td bsama santan ke dalam periuk kacau sehingga pecah minyak, jgn lupa letak gula, garam & asam

-Sambal Kelapa
#1 cawan kelapa parut
#3 ekor ikan (direbus/dibakar)
#Bawang Besar/ Merah (dimayang halus)
#1 inci halia (dimayang)
#2 batang serai (dimayang)
***Buang tulang ikan, masukkan kesemua bahan dalam kuali, goreng tanpa minyak sehingga masak, gula n garam jgn lupa ye, kemudian tumbuk/blender kering semua bahan2 tadi


-Kerabu
#Tauge
#Timun
#Serai Kayu
#Bunga Kantan
#Kacang Panjang
***Potong semua bahan2


-Sambal Cili (Optional)
#20 biji cabai burung
#Cuka
***Blend/tumbuk cili, campurkan dgn cuka, gula & garam

-Budu
#100ml budu
#Gula Merah
#1 btg serai
***Masak semua bahan2 sehingga mendidih

-Solok Lada
#Cili Besar Putih
#Kelapa
#Ikan (buang tulang)
#Lada hitam
#Telur sebiji
***Tumbuk kelapa,lada hitam bsama isi ikan, mskkan gula & garam kemudian digaul dgn sedikit telur, cili dibelah bahagian tgh buang biji masukkan bahan2 td kedlam cili sampai padat, kemudian kukus sehingga cili layu..

-Keropok
-Telur Masin
-Bawang Putih Jeruk


ini aku punye style ler, semua org kate beshh.....so kira pass la kan... ..

May 13, 2011

Kuah Yong TauFu

Ini dh banyak kali buat, terjumpa resipi senang kt MyR so try la mmg sedap, kalau g tesco atau mana2 pasaraya yg ada jual loose benda2 yg buat ytf tu dgn pantas la beli, boleh rebus ngn perencah sup/tomyam ataupun goreng.. leh makan sampai puas.. agak2 dh puas tu tunggu 3-4 bulan lagi br leh makan balik hahaha



cara buat ambik kt sini ye..

tenkiu tuan punya resipi


April 21, 2011

Kuetiau

Malam ni makan kuetiau je, yang aurora buat ni namanya kuetiau campak campak.. sbbnya masak main campak je hehehe, x kisah la kan janji kita rasa sedap hihihi

April 4, 2011

Pancake

Semalam tgk tv ranc. man v food kt channel TLC, tgk dia buat pancake.. wahh terliur nye, igt nk buat petang smlm, tapi dh mkn nasik banyak kalau mkn pancake uuuuu x tau ler nk ckp pe, maunye berkilo2 naik badan ini... so plan buat hr ni ler... belek2 resipi kt MyResipi, dh tau mmg ada kt sini sbb dh penah usha dulu tapi x buat hehehe..

hari ni gua pose, bukak puasa makan pancake, kelass tau.. haha

Bahan-bahan

115g Tepung Gandum
1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
25g Butter
1 biji Telur
150ml Susu Segar
1 sudu besar Gula
Secubit Garam
Cara-cara

-Campurkan tepung dan soda & krim tartar ayak (x nak ayak pun x pe)
-Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh. Lihat lah gambar ni...
-Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati. Lihat gambar adunan yg dah siap.
-Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak. (saya guna non - stick pan)
-Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.


hasilnye....



tadaaaaa


mkn dgn aiskrim + chocolate sos
mmg mabeles... x yah beli yg segera lagi dh.. yg ni lagi sedap...terima kasih byk2 kpd yg berkongsi resipi tu....


ai dabelkan resipi ni dapat 3 keping je sbb kuali ai besar.. x yah buat byk2 kali, jimat masa bukan hihi

sumber resipi
Klik sini

April 3, 2011

Nasi Ayam Penyet

Bangun tido pagi tadi rasa nk makan nasik ayam penyet... haii camane nk kurus ni, makan makan makan dan makan lagi... hurmmm memula pikir2 dulu nk buat ke tak nak nak buat ke taknak... kalau buat nnti mkn banyak naik berat, kalau tak buat nnti dok teringat2 plk.. smbil2 dok pikir tu cam biasa la search dlu resipi kt MyResipi, dan memang x mengecewakan resipinye ada dan kbykn bahan2 nye ada kt umah so apalagi dgn hati girang pegi pasar beli apa2 yang patut hahaha...

ini la hasilnya


ayam penyek aurora tanpa tempe

ni resipi dia

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa

Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

6 keping Tempe

Cara-cara

Untuk Ayam Penyet
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi
Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.


Sumber Resipi
Klik Sini

March 18, 2011

Otak-otak

Teringin nk makan otak2 plk hari ni, g cari kedai frozen habis plk, igt nk tggu pi pasar malam sok tapi nnti kan x de plk, biasa nya camtu la rasa nk makan gi kedai tetiba je x de, kalau x nak tu banyak plk org jual, hurmm so apalagi semuanya dihujung jari kan, search je la dalam web kegemaran ku dulu kini dan selamanya MyResipi terus aku search dan jumpa la resipi otak2 ni dr mrsdayat.. seperti yang diketahui MyResipi ni mmg x pernah mengecewakan aku.. bravo!!

Bahan-bahan

1 kg isi tenggiri
2-3 sdk santan pekat
2 biji telur
100g tepung ubi
lbh kurang 1/4 cwn minyak masak
garam
gula
serbuk perasa (saya tak letak)

**bhn sambal**

3-4 sdk cili boh
4 biji bwg merah
1 biji bwg besar
4 biji bwg putih
1" halia
1" kunyit
1" lengkuas
4-5 batang serai
4 biji buah keras
1- 1 1/2 tsp belacan
3-4 tbsp rempah kari

Cara-cara

Bersihkan kikis isi ikan tenggiri, asingkan
Kisar semua bahan sambal, tumis dgn 1/4 cwn minyak. kalo time tumis rase xcukup minyak, leh tmbah minyak sket masukkan bahan perisa dan tumis sampai agak pekat
tutup api n biar sejuk bila dah sejuk, ambil sambal n masukkan dalam isi ikan tadi(masukkan sikit2 dulu) masukkan juga tepung, santan n telur, gaul sebati
alaskan plastik dlm bekas tupperware 4 segi. masukkan otak2 tu,tututp balik ngan plastik, tekan2 sket bg mampat..n keep frozen. bile nak bakar/kukus..thaw skejap
kalau rajin, bule bungkus kecik2 n bakar/kukus.

**note: sambal tu xsemestinye abis guna. kna agak2. camtu gak ngan tepung. kalo xmoh liat, kurangkan tepung. kalo xmoh lemak sgt, kurangkan santan

Sumber Resipi
My Resipi

ini la hasilnya, hahaha..


memula tu bungkus ngn aluminium foil, siap bakar lam oven, pastu rasa malas, buat lam nonstick pan plk, amik paste buat nipis2 balik2 kan, masak angkat pastu makan... mudah bukan hehehe

March 15, 2011

Ayam Tandoori

teringin nk makan ayam tandoori, g kedai mamak habis plk.. ermm ms aku nk makan ni la habis plk, ms aku x nak, belambak2 plk.. ape la nasib... tapi jgn risau maklumat dihujung jari bukan, so apalagi buka la web kegemaran


ini bahan2 nya

6-8 ketul potongan ayam (ikut bahagian mana yg disukai)
Jus lemon secukupnya utk disapu pada ayam
1 ulas bwg merah*
3-4 ulas bwg putih*
½ inci halia*
1 sdk serbuk jintan putih**
2 sdk serbuk ketumbar**
1 sdb jus lemon**
1 sdk garam**
½ sdk serbuk cili** (blh tambah jika ingin lebih pedas)
1 cwn plain yoghurt**
Sedikit pewarna merah
Cara-cara

Dalam satu bekas, sapu & gaul rata semua ayam dgn jus lemon. Perapkan dlm 30-45 minit.
Dalam bekas yg lain, gaul rata kesemua bhn kisar(*) dgn bhn2 lain(**) utk dijadikan pes. Kemudian masukkan beberapa titik pewarna merah, kacau sebati pes (biar warna pes merah pekat sedikit).
Tuang & tabur pes ke dalam bekas ayam yg dh diperap td. Pastikan smua ayam disaluti pes. Perap dlm 2-4 jam, dlm peti sejuk; jika ingin rasa perapan yg lebih sedap, perap semalaman.
Utk bakar, susun ayam atas wire rack (yg diletak atas loyang pembakar) & bakar ayam dlm preheated oven (180C) atau boleh digril – hgga ayam empuk (masak). Smbil bakar/gril, blh sapukn lebihan pes td (jika ada lg) pd ayam – supaya biar naik aroma ayam tandoori.
Perah limau nipis atas ayam tandoori sebelum dijamah.



setelah berhempas pulas ini lah hasilnyeee sgt2 yummmy, kompem x cari kt kedai mamak dah pasni tenkyu so much ALMA @MYRESIPI







ni saya punye



ni my hunny bunny bunch punye

ALhamdulillah kenyang..

best wooo rugi kalau tak coba buat

March 1, 2011

Cek Mek Molek

Hari ni wt kuih tradisional kelantan, resipi turun menurun ni tau


Bahan-bahan
Ubi Keledek
Tepung Gandum
Sedikit Air

Cara membuatnya
Rebus keledek sampai empuk
Lenyek ubi sampai hancur
Masukkan tepung gandum
Bila dh sebati nampak cam keras masukkan air

pastikan keledek banyak dari tepung untuk rasa yg lebih sedap..



macam2 saiz kan, tu pun dh pilih2 yg mana nmpk cun cket, bab2 rekabentuk ni mmg fail hehehe..