Jom tgk ada apa kat sini
AMARAN : Blog ini psl makanan je tau, segala kenaikan berat badan ditanggung sendiri

October 2, 2011

Nasi Hujan Panas Simple

Semalam kwn kak aurora yg dok kt jb pegi key ell ade kerusus.. so kami beramai2 menyambut dia dgn buat makan2 cket kt shah alam.., selesai majlis ada lauk lebih pastu masing2 tapau bwk balik rumah, nk makan tghari td cuma perlu masak nasik je.. igt nk makan nasik biasa je.. tetiba kerajinan melanda buat nasik hujan panas gak la mcm semalam mkn kt umh kwn kak aurora.. dia msk sedap hehehe

Cek kt dapur ada bahan2 nk buat nasik hujan panas versi simple..



Bahan-bahan

1. Nasi
- 2 cawan beras
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bwg merah
- 1/2 labu bwg putih
- 1 inci halia
- 2 biji tomato
- Secawan susu segar / susu cair
- 300gram daging/ayam
- 1 sudu serbuk sup/kurma
- Satu peket kecil (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang,bunga cengkih)

# Kisar kesemua bawang, buah tomato dan halia
#Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang,bunga cengkih
#Masukkan bahan kisar, kacau sehingga kekuningan
#Masukkan serbuk sup/kurma
#Masukkan daging, apabila separuh empuk masukkan susu,
#Masukkan gula dan garam, slps 5 minit matikan api
#Basuh beras kemudian toskan, masukkan dalam periuk nasik, bersama bahan tumis tadi, tambahkan air mengikut kesesuaian beras
#Setelah nasik masak titikkan beberapa warna, kemudian gaul rata


2.Sambal
-5 biji cili merah besar
-5 biji cili padi
-1 biji bwg besar
-1 ulas bwg putih
-1 biji tomato
-Asam limau nipis/limau kasturi
-Gula & Garam

#Bawang merah dipotong secara bulat
#Bawang putih dicincang halus
#Campur kedua2 bawang & gaul bersama asam, gula dan garam sehingga layu
#Kisar cili bersama tomato kemudian masukkan dalam bwg yg telah digaul
#Gaul kesemua bahan tadi, sekiranya kurang garam gula atau asam tambah ikut selera masing-masing


3. Acar/Jelatah
- 1 batang timun
- 1 batang lobak merah
- 1/2 biji nenas
- 1/2 biji sengkuang
- Kacang
- Jeruk Anggur (optional)
- Bwg besar
- Kacang Tanah
- Sos Cili & Sos Tomato
- Gula & Garam

#Timun. lobak merah, sengkuang & nenas dipotong ikut citarasa
#Bawang besar potong bulat.
#Gaul kesemua bahan kecuali timun & kacang, setelah semua sebati masukkan timun n gaul lagi, kemudian masukkan kacang gaul lagi sampai semuanya sebati
#Sos cili & tomato dimasukkan mengikut citarasa,
**Kalau nk masam lebih bleh tambah cuka sedikit..


Daging yg kt dalam nasik boleh dimakan begitu saja ataupun dicicah dengan air asam

Bahan2 untuk air asam

3-5 biji cili api (ikut citarasa)
1 biji bawang besar
1 biji tomato
2 sdb kerisek
1 sdb paste asam jawa
Gula & garam
Sdkt air

#Potong bwg & tomato mengikut kreativiti masing2
#Gaul kesemua bahan, sedia untuk dicicah dengan daging

No comments:

Post a Comment