Bahan-bahan
Sup
1/2 ekor ayam
5 ulas bwg merah kecil
1 biji bwg besar
Setengah labu bwg putih (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1 inci halia
1 keping kulit kayu manis,
2 kuntum bunga lawang,
2 biji buah pelaga,
3 kuntum bunga cengkih
4-5 cawan air
- Panaskan periuk masukkan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih
- Kisar semua bwg bsama halia kemudian masukkan dalam kuali dan ditumis bsama bahan2 tadi sehingga kekuningan
-Masukkan ayam kedalam bahan tumisan tadi & kacau sebati bsama bahan2 tadi.. tunggu sehingga 5 minit kemudian masukkan air
-Masukkan gula, garam dan asam, selepas 15 minit angkat semua ayam tadi.. perlahankan api sehingga kuah betul2 mendidih kemudian matikan api
Nasi
2 cawan beras
2 helai daun pandan
3 cawan kuah sup (ikut keperluan)
Sedikit kunyit (opt)
-Basuh beras & toskan, masukkan kedalam periuk bsama 2 helai daun pandan masukkan kuah sup tadi serta kunyit & masak seperti biasa, kacau lbh kurang 10 minit sekali
Ayam
1. Ayam Madu
Madu
Kicap
-Gaul semua ayam bsama bahan2 diatas & tggu sehingga sejam kemudian bakar/goreng
2. Ayam berempah
1 sdb jintan manis
1 sdb jintan putih
1 sdb serbuk kunyit
1 sdb ketumbar
2 batang serai (opt)
1 sdb serbuk cili putih (opt)
Sedikit cuka/asam limau (nk bagi garingkan ayam)
Sedikit cuka/asam limau (nk bagi garingkan ayam)
-Kisar semua bahan kemudian digaul bersama ayam, biarkan sejam kemudian goreng/bakar
Sambal
5 batang cili merah besar
1 biji tomato
1/4 cawan kuah sup
-Kisar tomato bsama cili kemudian masak bsama kuah sup masukkan gula & garam perlahankan api.. agak2 dh pekat matikan api
Kicap
1/4 cawan kicap
1/4 cawan kuah sup
-Semua bahan dimasukkan dalam periuk..lbh kurang 10 minit angkat
Sayur
Salad
Timun
Tomato
![]() |
ni la ropenye nasik ayam kak aurora.. kuning sgt hari ni terlebih kunyit hahaha yang label no 2 tu ayam goreng berempah, yg no 3 kak aurora campurkan sambal dgn kicap senang hehehe |
No comments:
Post a Comment