Semalam kwn kak aurora yg dok kt jb pegi key ell ade kerusus.. so kami beramai2 menyambut dia dgn buat makan2 cket kt shah alam.., selesai majlis ada lauk lebih pastu masing2 tapau bwk balik rumah, nk makan tghari td cuma perlu masak nasik je.. igt nk makan nasik biasa je.. tetiba kerajinan melanda buat nasik hujan panas gak la mcm semalam mkn kt umh kwn kak aurora.. dia msk sedap hehehe
Cek kt dapur ada bahan2 nk buat nasik hujan panas versi simple..
Bahan-bahan
1. Nasi
- 2 cawan beras
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bwg merah
- 1/2 labu bwg putih
- 1 inci halia
- 2 biji tomato
- Secawan susu segar / susu cair
- 300gram daging/ayam
- 1 sudu serbuk sup/kurma
- Satu peket kecil (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang,bunga cengkih)
# Kisar kesemua bawang, buah tomato dan halia
#Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang,bunga cengkih
#Masukkan bahan kisar, kacau sehingga kekuningan
#Masukkan serbuk sup/kurma
#Masukkan daging, apabila separuh empuk masukkan susu,
#Masukkan gula dan garam, slps 5 minit matikan api
#Basuh beras kemudian toskan, masukkan dalam periuk nasik, bersama bahan tumis tadi, tambahkan air mengikut kesesuaian beras
#Setelah nasik masak titikkan beberapa warna, kemudian gaul rata
2.Sambal
-5 biji cili merah besar
-5 biji cili padi
-1 biji bwg besar
-1 ulas bwg putih
-1 biji tomato
-Asam limau nipis/limau kasturi
-Gula & Garam
#Bawang merah dipotong secara bulat
#Bawang putih dicincang halus
#Campur kedua2 bawang & gaul bersama asam, gula dan garam sehingga layu
#Kisar cili bersama tomato kemudian masukkan dalam bwg yg telah digaul
#Gaul kesemua bahan tadi, sekiranya kurang garam gula atau asam tambah ikut selera masing-masing
3. Acar/Jelatah
- 1 batang timun
- 1 batang lobak merah
- 1/2 biji nenas
- 1/2 biji sengkuang
- Kacang
- Jeruk Anggur (optional)
- Bwg besar
- Kacang Tanah
- Sos Cili & Sos Tomato
- Gula & Garam
#Timun. lobak merah, sengkuang & nenas dipotong ikut citarasa
#Bawang besar potong bulat.
#Gaul kesemua bahan kecuali timun & kacang, setelah semua sebati masukkan timun n gaul lagi, kemudian masukkan kacang gaul lagi sampai semuanya sebati
#Sos cili & tomato dimasukkan mengikut citarasa,
**Kalau nk masam lebih bleh tambah cuka sedikit..
Daging yg kt dalam nasik boleh dimakan begitu saja ataupun dicicah dengan air asam
Bahan2 untuk air asam
3-5 biji cili api (ikut citarasa)
1 biji bawang besar
1 biji tomato
2 sdb kerisek
1 sdb paste asam jawa
Gula & garam
Sdkt air
#Potong bwg & tomato mengikut kreativiti masing2
#Gaul kesemua bahan, sedia untuk dicicah dengan daging
October 2, 2011
July 28, 2011
Ikan Patin Gulai Tempoyak Aurora
Semalam daling beli ikan patin, x tau knape beli, dia x suka sgt mkn ikan patin ni, pelik gak dia beli, tapi x pe la x yah ty banyak org dh beli masak je la kan, kak aurora ikan patin ni ibarat org mgntuk kasi bantal, nak2 kalau masak tempoyak haha, so ty daling dia msk apa ikan patin ni nk bakar ke nk masak tempoyak, kak aurora x kisah mana2 pun, tapi lam hati mengharap dia jwb msk tempoyak hahaha... dia kata sukahati la mana2 pun boleh, kak aurora ty lagi masak tempoyak boleh?? dia cakap ok je... yayyyyy bersorak dalam hati kekeke... so dgn pantas kak aurora sediakan bahan2 dan masak,, sedapp sesgt hehehe...
| amacam, best tak?? |
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin
4 ulas bwg merah kecil
1 biji bwg merah (india)
1 ulas bwg putih
3-5 sudu besar tempoyak
300ml air (sukat ikut keperluan, kalau nk kuah byk letak byk air)
5-7 biji cili padi (ikut keperluan)
1 inci kunyit hidup (kalau x de kunyit serbuk pun ok)
Timun (x nk letak pun x pe)
Daun kesum
Bunga Kantan (x de pun x pe, kalau ada lagi kick)
Gula & Garam
Ikan dipotong 3-4 bahagian & perah asam limau, biarkan dlm stgh jam
Bwg merah, bwg putih, kunyit & cili di kisar/ditumbuk, masukkan dalam periuk bsama ikan, daun kesum & bunga kantan, api mestilah sederhana, bila dh hampir menggegelegak masukkan garam, gula & asam gelugur, perlahankan api tunggu sehingga meggelegak, setelah ikan masak, angkat & hidangkan...
mudah bukan.. hehehe
ni resipi turun temurun tau...
June 5, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)